salam kuliah minggu ke 5 ini sangat menarik berkenaan dengan muzik tradisional gamelan dan caklempong objektif pensyarah pada kuliah minggu ini adalah lebih kepada sejarah gamelan dan caklempong, alat muzik gamelan dan caklempong, seterusnya sistem tonal, melodi, bentuk dan irama. Bagi alat muzik gamelan ia menggunakan sistem pentatonik dimana not nyer adalah ( 1 2 3 5 6 @ do re mi so do) manakala bagi caklempong pula ia menggunakan full scale iaitu ( do re mi fa so la si do) dan teksturnya adalah polifoni bermakna gubahan yang mempunyai banyak lapisan bunyi. pembelajaran pada minggu ni juga telah menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang muzik tradisional. saya dapat mengetahui sejarah kedua dua muzik tradisional ini. Gamelan dikatakan berasal dari jawa yang bermaksud di pukul atau di tabuh. Caklempong pula dikatakan berasal dari minang kabau yang dulu nya disebut telempong, tak lempong, talempong. terdapat perbezaan antara alat muzik Gamelan dan Caklempong. alat muzik gamelan terdiri daripada bonang, kenong, gong, keluarga sarung seperti barong, demong dan peking, gambang dan gendang. untuk Caklempong pula alat nya adalah gereteh, sauwa, tingkah gendang,dan bonang. Muzik tradisional gamelan dan Caklempong ini biasanya dimainkan untuk mengiringi sesebuah tarian biasanya tarian di istana. cara pembelajaran nya dikatakan secara tidak formal melalui pendengaran bermula dengan yang mudah dan beransur kepada kompleks. secara kesimpulannya pembelajaran minggu ke 5 ini telah memnambahkan lagi ilmu saya dalam bidang muzik tradisional dan dapat memantapkan lagi ilmu saya untuk berhadapan dengan pelajar di sekolah nanti. sekian...
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan