Isnin, 18 Oktober 2010

Reflesksi Kendiri Minggu 12

Salam, minggu ini kumpulan saya adalah giliran untuk membentangkan tugasan kami, iaitu Opera Cina. Pembentangan kali ini memerihalkan pelbagai aspek kajian mengenai opera Cina hasil daripada temubual bersama dengan salah seorang pensyarah dari ASWARA. Kajian kami mempunyai skop dari sejarah dan perkebmangan opera ke Tanah Melayu, Alat-alat muzik yang digunakan, serta falsafah yang terkandung dalam persembahan opera cina. Hasilnya, pembentangan kami sedikit sebanyak telah mencapai objektif dalam menerangkan opera cina kepada semua rakan-rakan yang lain. Perbicangan ini turut diselang seli dengan penerangan video daripada kerja lapangan kami.

Persembahan kedua adalah dari kumpulan yang membentang perkara mengenai muzik sabah dan sarawak. Pembentangan ini mempunyai objektif dari beberapa skop iaitu , i) Sejarah dan perkembangan muzik zabah dan sarawak. ii) alat-alat muzik sabah dan sarawak, iii) Persembahan muzik sabah dan sarawak.Pembentangan mengenai muzik sarawak tidak banyak maklumat.  Ngajat merupakan komponen utama persembahan. Dalam konteks persembahan Sabah pula perbincangan agak lebih terperinci kerana maklumat adalah lebih banyak. Namun demikian terdapat video-video yang menjadi selingan persembahan muzik tidak asli dan tidak menggambarkan muzik sebenar di Sabah.

Sebagai kesimpulan, saya akan terus menelaah mengenai aspekdan skop dalam dua aspek perbincangan ini., Antara medium utama adalah dari blog pembentangan, buku dan jurnal berkaitan dengan dua usul tersebut.
Teruskan Membaca...

Isnin, 11 Oktober 2010

Jurnal Refleksi 11

Salam 1 Malaysia

Pembentangan kali ini adalah dengan merujuk kepada persembahan kumpulan yang membincangkan tajuk ghazal di Malaysia. Persembahan ini lebih menyeluruh dan spesifik dalam penyampaian maklumat dan pengetahuan tentang ghazal di Malaysia. Pembentangan untuk kali kedua ini menyaksikan perbincangan dengan berdasarkan kepada kajian lapangan yang telah dijalankan. Perkara ini menjadikan persembahan dan maklumat yang diperolehi lebih menarik. Seperti biasa, sebelum ini saya ntelah mengetahui perkara-perkara berkaitan dengan sejarah dan kedatangan ghazal ke Tanah Melayus serta sedikit sebanyak berkaitan dengan cara, instrumen dan proses dalam permainan ghazal di Malaysia.

Dasarnya, hasrat utama para pembentang adalah memastikan maklumat yang disampaikan untuk kali yang kedua ini lebih menyeluruh dan berkesan. Tiga aspek utama dalam pembentangan yang jelas adalah perbincangan mengenai sejarah dan kedatangan ghazal ke Tanah Melayu, Jenis dan klasifikasi ghazal di Malaysia serta cara persembahan bagi setiap ghazal tersebut.

Melalui perbicangan dengan berdasarkan objektif diatas, saya telah mengetahu banyak perkara berkenaan dengan ghazal. Ghazal telah dibawa masuk ke Tanah Melayu dari Arab atau timur tengah melalui faktor seperti perdagangan. Ghazal di Malaysia melalui penemuannya terbahagi kepada dua iaitu ghazal parti dan ghazal Johor. Terdapat persamaan dan perbezaan bagi kedua ghazal itu iaitu dari sudut konsep persembahan dimana ghazal johor lebih tertib permainannya manakala parti pula lebih kepada sifat kemeriahan dan berparti.Terdapat perbezaan juga dari sudut instrumen dan cara persembahan dilakukan.

Melalui penerangan dari kumpulan ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pengalaman serta pengetahuan berkaitan dengan Ghazal di Malaysia. Saya akan terus melayari laman blog kumpulan ini bagi melihat maklumat-maklumat baharu berkenaan dengan ghazal di Malaysia.



Teruskan Membaca...

Ahad, 3 Oktober 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU 10

Assalamualaikum, salam satu Malaysia kuliah muzik tradisional pada minggu ini berjalan seperti biasa.. Kedatangan muzik india ke Malaysia dikatakan melalui proses yang lama.Masyarakat India percaya bahawa dewa Shiwa yang menciptakan suara, irama, dan tari-tarian lalu diturunkan seseorang yang pandai dalam seni muzik untuk menjadi seorang guru kepada masyarakat India.

Muzik di india terbahagi kepada dua iaitu utara India(Hindustani) dan Muzi selatan India(karnatak). Muzik utara India ini mendapat pengaruh dari islam dan alat muzik di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Muzik selatan India(karnatak) pula, pengaruhnya adalah di kebanyakan kawasan luar bandar dan mengekalkan gaya yang asli dan Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan.

Muzik india dikatakan Muzik yang berasaskan kepada zikir dan ratib (keagamaan), muzik kuil dan muzik rakyat dan hanya mempunyai 3 not. Muzik india ini berkonsepkan melodi & iramanya berbeza dari muzik barat terutama dari segi harmoni dan counterpoint. Muzik india mempunyai interval yang lebih kecil dari semiton iaitu sruti (microtone).

Penyampaian muzik di india adalah dilakukan secara oral.antara contoh-contoh muziknya ialah, Muzik Vokal seperti khayal( pemikiran @ imaginasi), Dhrupad ( struktur), Thumri( tarian). Instrument solo seperti Sitar, sarod, sarangi, esraj, dilruba(bowed) dan Instrument iringan seperti tabla, harmonium, tambura .

Dalam muzik india dikatakan terdapat beberapa jenis raga iaitu Male Raga untuk lelaki yang berkenaan keberanian, keteguhan, kemarahan serta kejantanan dan Female Raga untuk Perempuan ( Raginis) yang berkaiatan kasih sayang, cinta, kekecewaan, emosi dan terharu.
Dalam muzik india juga terdapat Raga music seperti Terdapat 6 Jenis raga mengikut musim Bhaivaravi (Musim Panas ), Megha (Musim Hujan) , Pancham (Musim Luruh) Naranarayan (Awal Musim Sejuk) , Sri (Musim Sejuk) dan Basant ( Musim Bunga ).
Teruskan Membaca...

Ahad, 29 Ogos 2010

Jurnal Refleksi 7

Kuliah minggu ini menyaksikan dua persembahan pembentangan tugasan berkumpulan daripada dua buah kumpulan yang telah diberi tugasan pada awal minggu ke tujuh. Dua buah tajuk yang dibentangkan adalah (i) sejarah muzik tradisional Malaysia (ii) Zikir. Sebelum mengikuti pembentangan ini, beberapa aspek dan pengetahuan asas yang saya telah ketahui adalah berkaitan dengan sejarah muzik Malaysia melalui sesi pengajaran oleh Encik Amran pada minggu pertama lagi. Dalam masa yang sama saya juga telah mengetahui sedikit sebanyak berkaitan dengan zikir yang dikatakan meluas aplikasinya dalam kehidupan masyarakat Islam Malaysia terutamanya dalam majlis-majlis dan pertandingan.

(i) Sejarah Muzik tradisional Malaysia.

Pembentangan ini meliputi keseluruhan aspek dalam sejarah, pengaruh dan perkembangan muzik di Malaysia. Secara khusus kumpulan ini telah member penjelasan spesifik berkenaan dengan alat-alat muzik yang lahir sejak 3000 Sm sehingga dikembangan dan dijadikan sebagai satu nilai dan identity dalam Muzik Malaysia. Pada asasnya, objektif utama dalam pembentangan ini adalah supaya saya dan rakan-rakan saya memperolehi pengetahuan dengan mengetahui sekaligus memahami kedatangan, pengaruh dan sejarah kelahiran Muzik Tradisional Malaysia. Terdapat beberapa komponen dalam pembentangan sejarah ini yang mewakili lima individu bagi setiap komponen yang akan dibincangkan.

Asasnya, asas pengetahuan utama yang diperolehi melalui pembentangan tersebut adalah, (i) saya telah mengetahui dan memahami pergerakan dan sosiobudaya manusia sejak 3000 Sm sehingga membawa masuk kebudayaan dan muzik bersama melalui kedatangan manusia pada masa tersebut., Dalam asas komponen utama ini juga, saya telah mengetahui sejarah alat muzik purba yang tertua di dunia iaitu alat jeni tiup ‘seruling’ melalui ciptaan puak homosapiens, dan dibuat melalui tulang binatang. Kedatangan masyarakat homo sapiens ini telah banyak member perkembangan dalam alat muzik yang dikenali sebagai alat muzik purba.

Sejurus dengan itu, komponen seterusnya membincangan pengaruh daripada cina, timur tengah, Idan India ke atas muzik Malaysia dibincangkan melalui klasifikasi alat muzik. Pelbagai idea dan pengetahuan berkaitan dengan sejarah muzik yang dibawa masuk dari tiga pengaruh besar kumpulan tersebut. Kemudian, perbincangan turut menerangkan sejarah bagaimana pengaruh dari barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris di bawa masuk ke Tanah Melayu. Pengaruh Portugis telah banyak memberi impak dalam muzik Malaysia seperti Dondang Sayang dan sebagainya. Akhir sekali, perbincangan melibatkan perbicangan terhadap sejarah muzik pengruh dalam kepulauan Melayu itu sendiri seperti Indonesia dan Thailand. Ianya banyak mempengaruhi alat-alat muzik serta muzik Malaysia seperti gamelan.

(i) Zikir.

Pembentangan kedua pula bertajukkan zikir. Asas perbincangan yang dibawa adalah berobjektifkan pengetahuan asas mengenai zikir, sejarah zikir, jenis-jenis serta perbezaan zikir dari dalam dan luar Malaysia, serta ritma dan melodi pembawakan zikir tersebut. Dalam konteks ini, perbicangan yang dibawa adalah spesifik dan banyak pengetahuan serta perkara baharu telah saya perolehi melalui pembentangan tersebut.


Antara pengetahuan yang diperolehi adalah, saya telah mengetahui sejarah kedatangan zikir itu sehingga di bawa masuk ke Tanah Melayu. Asasnya diperkatakan zikir telah tiba di tanah Melayu dari Timur Tengah seiriing dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu. Terdapat beberapa kepentingan dalam berzikir yang diperkatakan dapat menenangkan jiwa seseorang. Turut dinyatakan terdapat beberapa jenis zikir di Malaysia yang dibezakan adalah melalui maksud dan pembawakan terhadap zikir tersebut. Zikir dapat dilaksanakan pada bila-bila masa namun ia diperkembangkan di mata masyarakat melalui aplikasinya dalam majlis-majlis serta pertandingan yang sering diadakan. Kumpulan ini turut menerangkan system notasi yang etrdapat dalam zikir. Dengan demikian terdapat beberapa komponen notasi zikir yang banyak member input terhadap pembelajaran saya seterusnya.

Kesimpulan.

Melalui dua pembentangan tersebut terdapat banyak ilmu dan pengetahuan baharu berkenaan dengan sejarah kedatangan muzik ke Tanah Melayu dan bagaimana ianya diperkembangkan. Seterusnya, pengetahuan terhadap zikir turut diperluaskan melalui pembentangan kumpulan kedua. Konteks seterusnya, segala maklumat tambahan saya akan terus meneliti dan mecari penambahan terhadap dua aspek pembentangan tersebut, Antara kaedah yangd apat dilakukan sebagai tambahan adalah seperti malayari laman web dua kumpulan ini kerana dalam blog tersebut terdapat banyak maklumat berkenaan dengan dua tajuk tersebut. Antara lain, penelitian terhadap sumber kedua juga turut dapat membantu seperti pencarian buku buku ilmi ah jurnal dan kajian-kajian lepas yang banyak membincangkan dua aspek tajuk berkenaan.
Teruskan Membaca...

Khamis, 19 Ogos 2010

jurnal refleksi minggu 6

       salam, kuliah pada minggu ke 6 ini sangat menarik iaitu berkenaan dengan muzik tradisional makyung dan kompang. makyung dikatakan berasal dari pattani dan mula tersebar luas di semenanjung malaysia, medan dan kepulauan riau lingga. lebih kurang 200 tahun dibawa ke kelantan dan terus dibawa ke kedah. sewaktu ini dibawah naungan sultan mohamad ke empat. dikatakan bermula di kg temenggung kota bharu, dibawah naungan temenggung ghafar sisitem permainan ini diperhalusi secara sistematik dari segi pakian, muzik dan latihan. permainan makyung ini dikatakan bertukar dari tradisi istana ke tradisi rakyat.

          Antara model dan persembahan alat muziknya ialah, model nyer terdiri daripada lagu mengadap rebab, lagu ela, lagu mengulik raja nak tido, jembar atau mengapul, timang velu atau kijang mas, sedayung pakyung, dan sang atau penyudah.

       Antara alat muziknya pula adalah terdiri dari pada, rebab, sepasang tetawak dan sepasang gendang, adakalanya ditambah dengan serunai, canang dan casi. gabungan daripada alat-alat ini akan menghasilkan bunyi yang menarik untuk mengiringi permainan makyung ini.

            Bentuk atau form muziknya, pula ialah ditentukan dalam sistem gongan (pusingan jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic pic gong) ianya dikawal oleh tetawak spt sistem gong 8 bit 16 bit dan 32 bit. Iramanya pula mengunakan 4 timbre iaitu (pak duh cak ting) gaya meningkahnya pula interlocking, hampir semua lagu makyung berentak perlahan. Bgi melodinya pula ia di nyanyikan atau dipersembahkan oleh seseorang penyanyi dan alat muzik rebab. melodinya berhias dan begitu kompleks. teksturnya pula berbentuk heterofoni.
          
          Bagi kompang pula sejarah nya berasal dari kebudayaan arab dari negara barat, ianya dikenali sebagai dufuf, daff, duff, tar atau bendir. di indonesia pula di panggil terbang atau rebana. permainan ini dikatakan dibawa oleh pedagang arab pada kurun ke 13 masihi. fungsi2 nya adalah untuk meraikan sesebuah majlis perkahwinan, keraian islam, maulidulrassul dan berkhatan. masyarakat kini mengunakan kompang untuk menyambut ketibaan pemimpin dalam mejlis2 rasmi.

        fungsi pemainan kompang pula ialah untuk mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara esemble(nasyid marhaban) adakalanya digunakan untuk pertangdingan perarakan pengatin dan macam2 lagi. selain itu kmpangjuga digunakan untuk meransang semangat pasukan seperti dalam perlawanan bola sepak dan sebagainya. terdapat jenis2 permainan kompang antaranya ialah kompang hadrah(perak) kompang johor kompang eizhar(negeri selangor) dan kompang kelalang(negeri melaka). kompang juga boleh diperolehi dalam pelbagai saiz mengikut peringkat umur.

      Teknik permainan kompang, kompang di pegang dngan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memukulnya kompang menghasilkan dua bunyi iaitu pak dan bung. terdapat beberapa jenis pukulan ada pukulan mula dan pukulan tamat terdapat beberapa rentak asas iaitu rentak masri, inang, zapin.

        kesimpulanya pembelajaran muzik tradisional makyung dan kompang ini sangat menarik bagi saya kerana sebelum kelas tamat kami dari kumpulan b diberi peluang untuk bermain kompang bersama pensyarah. sekian..
Teruskan Membaca...

Sabtu, 14 Ogos 2010

jurnal refleksi 5

salam kuliah minggu ke 5 ini sangat menarik berkenaan dengan muzik tradisional gamelan dan caklempong objektif pensyarah pada kuliah minggu ini adalah lebih kepada sejarah gamelan dan caklempong, alat muzik gamelan dan caklempong, seterusnya sistem tonal, melodi, bentuk dan irama. Bagi alat muzik gamelan ia menggunakan sistem pentatonik dimana not nyer adalah ( 1 2 3 5 6 @ do re mi so do) manakala bagi caklempong pula ia menggunakan full scale iaitu ( do re mi fa so la si do) dan teksturnya adalah polifoni bermakna gubahan yang mempunyai banyak lapisan bunyi. pembelajaran pada minggu ni juga telah menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang muzik tradisional. saya dapat mengetahui sejarah kedua dua muzik tradisional ini. Gamelan dikatakan berasal dari jawa yang bermaksud di pukul atau di tabuh. Caklempong pula dikatakan berasal dari minang kabau yang dulu nya disebut telempong, tak lempong, talempong. terdapat perbezaan antara alat muzik Gamelan dan Caklempong. alat muzik gamelan terdiri daripada bonang, kenong, gong, keluarga sarung seperti barong, demong dan peking, gambang dan gendang. untuk Caklempong pula alat nya adalah gereteh, sauwa, tingkah gendang,dan bonang. Muzik tradisional gamelan dan Caklempong ini biasanya dimainkan untuk mengiringi sesebuah tarian biasanya tarian di istana. cara pembelajaran nya dikatakan secara tidak formal melalui pendengaran bermula dengan yang mudah dan beransur kepada kompleks. secara kesimpulannya pembelajaran minggu ke 5 ini telah memnambahkan lagi ilmu saya dalam bidang muzik tradisional dan dapat memantapkan lagi ilmu saya untuk berhadapan dengan pelajar di sekolah nanti. sekian...
Teruskan Membaca...

Sabtu, 7 Ogos 2010

BIODATA


WAN MOHD SUHAIZI BIN WAN MOHAMAD

No Matriks

D20091035286

Program

Pendidikan Muzik

Kumpulan

B

Semester

3 sem 2010/2011

Subjek

SMP 2252 – Muzik Tradisional

Email


muzikboy88@yahoo.com
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kumpulan A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 tahun yang lalu
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    13 tahun yang lalu
  • REFLEKSI KESELURUHAN - SALAM... Setelah 14 minggu bersama di dalam kelas SMP 2252 Muzik Tradisional ini telah banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan saya kira rakan-rak...
    13 tahun yang lalu
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    13 tahun yang lalu
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    13 tahun yang lalu
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    13 tahun yang lalu
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    13 tahun yang lalu
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    13 tahun yang lalu
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    13 tahun yang lalu
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    13 tahun yang lalu
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    13 tahun yang lalu
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    13 tahun yang lalu
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    13 tahun yang lalu
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    13 tahun yang lalu
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    13 tahun yang lalu
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    13 tahun yang lalu
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 tahun yang lalu
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    13 tahun yang lalu
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    13 tahun yang lalu
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    13 tahun yang lalu
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    13 tahun yang lalu
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 tahun yang lalu
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    13 tahun yang lalu
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 tahun yang lalu

blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 SUHAIZI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template