Kuliah minggu ini menyaksikan dua persembahan pembentangan tugasan berkumpulan daripada dua buah kumpulan yang telah diberi tugasan pada awal minggu ke tujuh. Dua buah tajuk yang dibentangkan adalah (i) sejarah muzik tradisional Malaysia (ii) Zikir. Sebelum mengikuti pembentangan ini, beberapa aspek dan pengetahuan asas yang saya telah ketahui adalah berkaitan dengan sejarah muzik Malaysia melalui sesi pengajaran oleh Encik Amran pada minggu pertama lagi. Dalam masa yang sama saya juga telah mengetahui sedikit sebanyak berkaitan dengan zikir yang dikatakan meluas aplikasinya dalam kehidupan masyarakat Islam Malaysia terutamanya dalam majlis-majlis dan pertandingan.
(i) Sejarah Muzik tradisional Malaysia.
Pembentangan ini meliputi keseluruhan aspek dalam sejarah, pengaruh dan perkembangan muzik di Malaysia. Secara khusus kumpulan ini telah member penjelasan spesifik berkenaan dengan alat-alat muzik yang lahir sejak 3000 Sm sehingga dikembangan dan dijadikan sebagai satu nilai dan identity dalam Muzik Malaysia. Pada asasnya, objektif utama dalam pembentangan ini adalah supaya saya dan rakan-rakan saya memperolehi pengetahuan dengan mengetahui sekaligus memahami kedatangan, pengaruh dan sejarah kelahiran Muzik Tradisional Malaysia. Terdapat beberapa komponen dalam pembentangan sejarah ini yang mewakili lima individu bagi setiap komponen yang akan dibincangkan.
Asasnya, asas pengetahuan utama yang diperolehi melalui pembentangan tersebut adalah, (i) saya telah mengetahui dan memahami pergerakan dan sosiobudaya manusia sejak 3000 Sm sehingga membawa masuk kebudayaan dan muzik bersama melalui kedatangan manusia pada masa tersebut., Dalam asas komponen utama ini juga, saya telah mengetahui sejarah alat muzik purba yang tertua di dunia iaitu alat jeni tiup ‘seruling’ melalui ciptaan puak homosapiens, dan dibuat melalui tulang binatang. Kedatangan masyarakat homo sapiens ini telah banyak member perkembangan dalam alat muzik yang dikenali sebagai alat muzik purba.
Sejurus dengan itu, komponen seterusnya membincangan pengaruh daripada cina, timur tengah, Idan India ke atas muzik Malaysia dibincangkan melalui klasifikasi alat muzik. Pelbagai idea dan pengetahuan berkaitan dengan sejarah muzik yang dibawa masuk dari tiga pengaruh besar kumpulan tersebut. Kemudian, perbincangan turut menerangkan sejarah bagaimana pengaruh dari barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris di bawa masuk ke Tanah Melayu. Pengaruh Portugis telah banyak memberi impak dalam muzik Malaysia seperti Dondang Sayang dan sebagainya. Akhir sekali, perbincangan melibatkan perbicangan terhadap sejarah muzik pengruh dalam kepulauan Melayu itu sendiri seperti Indonesia dan Thailand. Ianya banyak mempengaruhi alat-alat muzik serta muzik Malaysia seperti gamelan.
(i) Zikir.
Pembentangan kedua pula bertajukkan zikir. Asas perbincangan yang dibawa adalah berobjektifkan pengetahuan asas mengenai zikir, sejarah zikir, jenis-jenis serta perbezaan zikir dari dalam dan luar Malaysia, serta ritma dan melodi pembawakan zikir tersebut. Dalam konteks ini, perbicangan yang dibawa adalah spesifik dan banyak pengetahuan serta perkara baharu telah saya perolehi melalui pembentangan tersebut.
Antara pengetahuan yang diperolehi adalah, saya telah mengetahui sejarah kedatangan zikir itu sehingga di bawa masuk ke Tanah Melayu. Asasnya diperkatakan zikir telah tiba di tanah Melayu dari Timur Tengah seiriing dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu. Terdapat beberapa kepentingan dalam berzikir yang diperkatakan dapat menenangkan jiwa seseorang. Turut dinyatakan terdapat beberapa jenis zikir di Malaysia yang dibezakan adalah melalui maksud dan pembawakan terhadap zikir tersebut. Zikir dapat dilaksanakan pada bila-bila masa namun ia diperkembangkan di mata masyarakat melalui aplikasinya dalam majlis-majlis serta pertandingan yang sering diadakan. Kumpulan ini turut menerangkan system notasi yang etrdapat dalam zikir. Dengan demikian terdapat beberapa komponen notasi zikir yang banyak member input terhadap pembelajaran saya seterusnya.
Kesimpulan.
Melalui dua pembentangan tersebut terdapat banyak ilmu dan pengetahuan baharu berkenaan dengan sejarah kedatangan muzik ke Tanah Melayu dan bagaimana ianya diperkembangkan. Seterusnya, pengetahuan terhadap zikir turut diperluaskan melalui pembentangan kumpulan kedua. Konteks seterusnya, segala maklumat tambahan saya akan terus meneliti dan mecari penambahan terhadap dua aspek pembentangan tersebut, Antara kaedah yangd apat dilakukan sebagai tambahan adalah seperti malayari laman web dua kumpulan ini kerana dalam blog tersebut terdapat banyak maklumat berkenaan dengan dua tajuk tersebut. Antara lain, penelitian terhadap sumber kedua juga turut dapat membantu seperti pencarian buku buku ilmi ah jurnal dan kajian-kajian lepas yang banyak membincangkan dua aspek tajuk berkenaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan