Assalamualaikum, salam satu Malaysia kuliah muzik tradisional pada minggu ini berjalan seperti biasa.. Kedatangan muzik india ke Malaysia dikatakan melalui proses yang lama.Masyarakat India percaya bahawa dewa Shiwa yang menciptakan suara, irama, dan tari-tarian lalu diturunkan seseorang yang pandai dalam seni muzik untuk menjadi seorang guru kepada masyarakat India.
Muzik di india terbahagi kepada dua iaitu utara India(Hindustani) dan Muzi selatan India(karnatak). Muzik utara India ini mendapat pengaruh dari islam dan alat muzik di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Muzik selatan India(karnatak) pula, pengaruhnya adalah di kebanyakan kawasan luar bandar dan mengekalkan gaya yang asli dan Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan.
Muzik india dikatakan Muzik yang berasaskan kepada zikir dan ratib (keagamaan), muzik kuil dan muzik rakyat dan hanya mempunyai 3 not. Muzik india ini berkonsepkan melodi & iramanya berbeza dari muzik barat terutama dari segi harmoni dan counterpoint. Muzik india mempunyai interval yang lebih kecil dari semiton iaitu sruti (microtone).
Penyampaian muzik di india adalah dilakukan secara oral.antara contoh-contoh muziknya ialah, Muzik Vokal seperti khayal( pemikiran @ imaginasi), Dhrupad ( struktur), Thumri( tarian). Instrument solo seperti Sitar, sarod, sarangi, esraj, dilruba(bowed) dan Instrument iringan seperti tabla, harmonium, tambura .
Dalam muzik india dikatakan terdapat beberapa jenis raga iaitu Male Raga untuk lelaki yang berkenaan keberanian, keteguhan, kemarahan serta kejantanan dan Female Raga untuk Perempuan ( Raginis) yang berkaiatan kasih sayang, cinta, kekecewaan, emosi dan terharu.
Dalam muzik india juga terdapat Raga music seperti Terdapat 6 Jenis raga mengikut musim Bhaivaravi (Musim Panas ), Megha (Musim Hujan) , Pancham (Musim Luruh) Naranarayan (Awal Musim Sejuk) , Sri (Musim Sejuk) dan Basant ( Musim Bunga ).
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan